Pendaftaran Ibadah Korban 1447H/2026
Sedar tidak sedar, kita sudah pun menghampiri bulan Zulhijjah bagi tahun 2026. Bagi kami di Denaihati, ini adalah waktu yang paling bermakna kerana kami berpeluang membantu rakan-rakan semua menyempurnakan amanah ibadah korban dengan cara yang paling mudah, telus, dan diyakini.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda yang pernah memberikan kepercayaan kepada kami pada tahun-tahun sebelum ini. Doa kami, semoga Allah menerima setiap titisan darah korban tersebut sebagai amal jariah yang berpanjangan buat kita semua.
Tahun ini, kami kembali dengan misi yang sama, iaitu memudahkan urusan korban anda merentasi sempadan (sama ada di dalam atau di luar negara).
Pakej Ibadah Korban 1447H / 2026M
Pilihan lokasi mengikut bajet dan keperluan anda
Sila klik butang di bawah untuk mendaftar dan membuat pembayaran secara selamat melalui sistem OnPay rasmi kami.
Daftar Korban 2026 Di SiniJangan segan untuk hubungi saya terus. Saya sedia membantu menjawab sebarang kemusykilan anda mengenai proses akad, pemilihan lokasi, atau teknikal pendaftaran.
Telefon: 019-6894786
WhatsApp: Klik Sini Untuk Menghubungi Saya
"Semoga kita semua tergolong dalam kalangan hamba-Nya yang terpilih untuk melaksanakan ibadah yang mulia ini pada tahun ini, insyaAllah."